TABUNG WAKAF & INFAQ KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD
KELEBIHAN BERWAKAF
Antara amalan yang dapat meraih keuntungan di dunia dan di akhirat adalah dengan bersedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk memperbanyakkan bersedekah. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan umat Islam menjadi orang yang dermawan serta pemurah sehingga disebut dalam suatu hadis:
Sabda Rasulullah SAW:“Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh itu, perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
Riwayat Ahmad
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah 261)
KELEBIHAN WAKAF?
Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
Langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT
Mendapat ganjaran dan pahala yang berterusan di akhirat
Berkongsi manfaat dikalangan umat islam
Memperoleh ganjaran pahala yang berpanjangan kepada sesiapa yang berwakaf semasa hidup atau yang telah meninggal dunia
HUBUNGI
KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD
Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Datang Sendiri Ke Ibu Pejabat Kami.
Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-6127 2892, 03-6136 6109
Faks: 03-6138 4463
IBU PEJABAT
No. 10 & 12 Tingkat 1, Jalan 6/3A
KM12 Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur.