kospeta

faedah

FAEDAH ANGGOTA

Kemudahan Pembiayaan

Anggota KOSPETA yang berdaftar dan memenuhi syarat-syarat pembiayaan yang telah ditetapkan, dijemput untuk memohon pembiayaan daripada pelbagai plan pembiayaan yang disediakan khusus bagi meringankan beban anggota.

Pembiayaan yang ditawarkan adalah pembiayaan hartanah, pelaburan, kereta, pengajian, kecemasan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila klik butang dibawah.

Dividen Tahunan

Setiap anggota KOSPETA akan memperolehi Dividen berdasarkan kepada pelaburan (syer) masing-masing. Pembayaran dibuat melalui perbankan internet. 

Khairat Kematian

KOSPETA akan menyumbang Khairat Kematian untuk setiap anggota, isteri atau suami anggota, anak, dan ibu atau bapa anggota dengan kadar-kadar yang telah ditetapkan seperti dibawah:

Bil.

Jenis Sumbangan

Jumlah (RM)

1.  Kematian Anggota 10,000.00
2.  Kematian Isteri atau Suami 1,000.00
3.  Kematian Anak 250.00
4.  Kematian Ibu atau Bapa 150.00

Nota: Jumlah bayaran tertakluk kepada tempoh penyertaan anggota dengan koperasi.

Dermasiswa

KOSPETA menyumbang Dermasiswa kepada setiap anak anggota yang memperolehi kecemerlangan pada peperiksaan UPSR, PT3,  SPM/SPAM, SMPV, STPM/STAM. Ini adalah sebagai suntikan semangat kepada mereka bagi meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran.

Kadar sumbangan adalah seperti berikut:

Bil.

Peperiksaan

Sumbangan (RM)

1. PT3 (6A) 100.00
2. SPM/SPAM (6A) 150.00
3. SPMV (6A) 50.00
4. STPM/STAM (3P) 200.00

Derma Kebajikan

KOSPETA juga ada menyediakan derma kebajikan iaitu urusan pengkebumian, sumbaangan anak yatim, kebakaran rumah dan pembedahan dengan kadar-kadar yang telah ditetapkan dibawah:

Bil.

Urusan Pengkebumian

Jumlah (RM)

1. Kematian Anggota 300.00
2. Kematian Isteri, Suami, Anak 100.00

 

Bil.

 Jenis Sumbangan

Jumlah (RM)

1. Anak Yatim 50.00
2. Kebakaran Rumah 500.00
3. Perbelanjaan Pembedahan 500.00

7 + 15 =

HUBUNGI

KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD

 

Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Jemput Datang Ke Ibu Pejabat Kami.

kospeta66@gmail.com

Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-4050 6656

 

IBU PEJABAT

Lot 15-1, Level 15, Menara Sentul

No. 86, Jalan Sentul

51100 Kuala Lumpur.