kospeta
sejarah
SEJARAH PENUBUHAN
“Koperasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan sosio ekonomi warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”
Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 26.05.1983 bertempat di Hotel Travel Lounge, Butterworth, Seberang Perai. Usaha penubuhan koperasi ini telah dicetuskan oleh Persidangan Dwi-Tahunan Anulae Semenanjung Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi wargakerja pihak berkuasa tempatan. Inisiatif penubuhan telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kanan ANULAE.
Pada peringkat awal, Koperasi Pihak berkuasa Tempatan telah didaftarkan atas nama Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia Berhad (KOOP Negara No.66) dengan ahli-ahli penaja seramai 100 orang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Agung Anulae Semenanjung Malaysia serta Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan yang terdiri daripada ahli-ahli Anulae mengikut cawangan-cawangan.
HJ. ZAINAL ABIDIN BIN HJ. MOHAMED, PPN, PCK
Pengerusi (1986 - 2007)
HJ. ABU HASSAN BIN HJ. ABDULLAH, BKT, PPN, PJK
Pengerusi (2007 - 2010)
EN. P. RASIAH, PPS
Bendahari (1983 - 1995)
Hj. MOHD FAIZI BIN HJ. AZNAM, PPN
Setiausaha (2000 - 2014)
DATUK HJ. ABDUL RAHMAN BIN ABSUL KADIR, PJK, PLM, PBS
Setiausaha (1986 - 2000)
ALLAHYARHAM ZAI HAMZAH BIN HAJI IDRUS
Setiausaha (1985 - 1986)
ALLAHYARHAM HAJI MOHAMED @WAHI BIN JAMIL, AMN
Setiausaha (1983 - 1985), Bendahari (1995 - 2007)
Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia, Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Muhammad, telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia Berhad dan dibantu oleh 8 orang Anggota Lembaga. Koperasi ini mula beroperasi menumpang dipejabat Kesatuan ANULAE Semenanjung Malaysia di Suleiman Court, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Yuran permulaan yang diwajibkan kepada setiap anggota pada masa itu hanyalah sebanyak RM10.00 sahaja.
Keyakinan ahli-ahli Anulae dan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan kepada koperasi ini telah mula menampakkan perkembangan yang baik dimana dalam tempoh yang singkat jumlah keanggotaan koperasi telah bertambah dari masa ke semasa meliputi seluruh pihak berkuasa tempatan di semenanjung Malaysia. Koperasi ini juga telah menjadikan aktiviti utamanya kredit dan menggalakkan anggota-anggota menabung didalam koperasi melalui yuran dan syer.
“Koperasi menjadikan pemberian kredit sebagai aktiviti utama serta menggalakkan anggota-anggota menabung di dalam koperasi melalui yuran dan syer”
HUBUNGI
KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD
Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Jemput Datang Ke Ibu Pejabat Kami.
Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-4050 6656
IBU PEJABAT
Lot 15-1, Level 15, Menara Sentul
No. 86, Jalan Sentul
51100 Kuala Lumpur.