kospeta
hubungi kami
HUBUNGI KOSPETA
Sertai KOSPETA
Koperasi KOSPETA Berhad ditubuhkan secara eksklusif untuk membantu sosio ekonomi wargakerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah. Wargakerja konsortium pengambilalihan atau penswastaan di PBT seperti Indah Water, Alam Flora, Southern Waste Managemnt dan e-Idaman juga layak memohon sebagai anggota.
Pelbagai kemudahan pembiayaan disediakan untuk setiap anggota yang berkeperluan dan layak.
KOPSETA turut juga menyediakan faedah-faedah kebabjikan seperti Dividen Tahunan yang menarik, Dermasiswa, Bantuan Kebajikan dan Perubatan, Khairat Kematian dan banyak lagi.
Jika anda adalah kakitangan berjawatan tetap di PBT atau di salah satu konsortium di atas, jangan lepaskan peluang untuk menjadi anggota koperasi di ranking ke-29 di Malaysia ini.
Ibu Pejabat KOSPETA
Isnin – Jumaat, 8 Pagi – 5 Petang
No. 10 & 12 Tingkat 1 Jalan 6/3A
KM12 Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 6136 6097, 03 6136 0564
Fax: 03 6138 4463
Pejabat Cawangan Zon Utara
Ahad – Khamis, 8 Pagi – 5 Petang
No. 22B, Rumah Kedai, Taman Anggerik
Lebuhraya Sultanah
05050 Alor Star, Kedah.
Tel: 04 772 4805
Pejabat Cawangan Zon Selatan
Isnin – Jumaat, 8 Pagi – 5 Petang
No. 107-8, Tingkat 2
Jalan Lama
84000 Muar.
Tel: 06 954 6515
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah cara untuk menjadi anggota KOSPETA?
Isi borang yang telah disediakan melalui kawasan, atau Muat Turun di Laman Web KOSPETA atau hadir ke Ibu Pejabat KOSPETA.
3.Berapa lamakah anggota yang telah mendaftar boleh meminjam?
Anggota yang telah mendaftar boleh membuat pinjaman setelah 6 bulan menjadi anggota dan memiliki syer sekurang-kurangnya 180 unit atau bersamaan RM 180.00.
5.Bagaimanakah kelayakan untuk mendapat pinjaman berjamin secara maksima?
Kelayakan anggota diambilkira berdasarkan 15 bulan gaji + jumlah syer terkumpul dan ditolak amaun jaminan yang ada serta tertakluk kepada kelayakan penjamin. Syer yang dimiliki oleh anggota sekurang-kurangnya 9000 unit atau RM 9,000.00 melayakkan untuk mendapat pinjaman maksima.
7.Bolehkah seseorang anggota yang telah membuat pinjaman di mana tempoh bayaran balik adalah selama 7 tahun, tetapi ingin menyelesaikan bayaran tersebut lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan?
Boleh.
9.Bilakah seseorang keanggotaan menerima dividen tahunan?
Dividen tahunan akan dibayar selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
2.Berapa lamakah proses kelulusan menjadi keanggotaan KOSPETA?
Proses kelulusan menjadi anggota KOSPETA tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat diadakan sebulan.
4.Berapakah jumlah pinjaman yang boleh dibuat bagi anggota yang telah membayar syer selama 6 bulan?
Pinjaman akan diluluskan bergantung kepada jumlah syer yang dimiliki dan memenuhi syarat-syarat pinjaman.
6.Selain pinjaman berjamin, apakah pinjaman-pinjaman lain yang boleh diperolehi?
Koperasi telah menyediakan 22 jenis pinjaman termasuk pinjaman berjamin dan anggota layak membuat semua pinjaman serentak selagi ada kelayakan dan boleh dibuat potongan melalui gaji kecuali pinjaman 90% syer dan pinjaman segera.
8.Adakah Koperasi menyediakan dermasiswa atau apa-apa sumbangan bagi kecemerlangan anak-anak dan bagaimanakah saya hendak mendapatkan dermasiswa tersebut sekiranya anak saya memperolehi keputusan yang memenuhi syarat-syarat KOSPETA?
- Dapatkan borang dari wakil kawasan (Pengerusi / Setiausaha kawasan KOSPETA) atau dapatkan terus dari Ibu Pejabat KOSPETA.
- Lengkapkan borang dan sertakan salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan P & P atau Guru Besar Sekolah dan salinan sijil kelahiran anak berkenaan.
- Borang-borang yang telah lengkap mestilah sampai dalam masa 2 bulan dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
- Kelewatan menghantar borang permohonan dalam tempoh tersebut akan mengakibatkan permohonan ditolak.
10.Berapakah jumlah dividen yang tertinggi dibayar oleh KOSPETA kepada anggota?
Dividen yang tertinggi dibayar pada masakini adalah sebanyak 6.2%.
Mesej KOSPETA

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
No. 10 & 12 Tingkat 1, Jalan 6/3A
KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur.
Hubungi Kami!
HUBUNGI
KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD
Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Datang Sendiri Ke Ibu Pejabat Kami.
Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-6127 2892, 03-6136 6109
Faks: 03-6138 4463
IBU PEJABAT
No. 10 & 12 Tingkat 1, Jalan 6/3A
KM12 Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur.