Hari Keluarga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dan ANULAE Semenanjung Malaysia 2018

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dan ANULAE Semenanjung Malaysia  buat pertama kalinya menganjurkan Hari Keluarga  dengan jayanya, tujuan diadakan program ini untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara KOSPETA dan ANULAE khususnya kakitangan. Seramai 180 orang yang hadir terdiri daripada Anggota Lembaga, Pegawai Kanan ANULAE serta kakitangan, suami isteri dan anak-anak selama 2 hari 1 malam pada 22-23 Disember 2018 bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan.