TERMA DAN SYARAT PEMBIAYAAN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Semua permohonan pembiayaan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Koperasi.

Borang yang telah disemak lengkap dengan maklumat serta dokumen yang diperlukan akan diproses untuk kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada setiap bulan untuk kelulusan.

Permohonan hendaklah bersertakan slip gaji asal, salinan kad pengenalan peminjam dan penjamin.

Semua permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan gaji tidak melebihi 50/60% daripada gaji pokok + elaun tetap.

KELAYAKAN SEBAGAI PEMINJAM DAN PENJAMIN

Seseorang anggota adalah layak untuk membuat pinjaman atau menjadi penjamin dengan syarat:-

  • telah menjadi anggota koperasi selama tidak kurang daripada 6 bulan dan telah membuat potongan syer melalui potongan gaji secara berterusan
  • telah memiliki syer tidak kurang daripada RM1000.00

Had kelayakan untuk meminjam atau menjamin adalah dikira berdasarkan jumlah amaun 30 bulan gaji dicampur dengan modal yuran setelah ditolak jumlah amaun semua tanggungan anggota kepada koperasi KECUALI tanggungan atas skim pinjaman bercagar.

Had kelayakan tanggungan seseorang penjamin hendaklah tidak melebihi RM100,000.00 bagi keseluruhan jumlah amaun tanggungan jaminannya.

TUJUAN-TUJUAN PINJAMAN

Anggota adalah digalakan membuat pinjaman untuk tujuan yang berfaedah atau mustahak sahaja dan diantaranya ialah:-

  • Membiayai pelajaran anggota atau anak-anak
  • Menjelaskan hutang
  • Perbelanjaan perubatan anggota atau tanggungan
  • Perbelanjaan mahkamah
  • Perbelanjaan perkahwinan atau kematian
  • Membeli atau membaiki kenderaan
  • Modal perniagaan
  • Lain-lain tujuan yang difikirkan munasabah boleh dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi

Tujuan pinjaman hendaklah dinyatakan dengan terang dan betul di dalam borang permohonan.

Lembaga Koperasi hendaklah menentukan supaya pembiayaan digunakan untuk tujuan seperti yang diluluskan. Jika diketahui sekiranya pembiayaan tidak digunakan untuk tujuan seperti diluluskan maka Lembaga Koperasi berhak menuntut supaya wang pembiayaan tersebut dibayar balik sepenuhnya bersama bayaran perkhidmatan pembiayaan dalam tempoh satu bulan disamping mengenakan denda sebanyak lima puluh sen bagi tiap-tiap sepuluh ringgit.

Bayaran balik semua pembiayaan adalah melalui potongan gaji pada setiap bulan sehingga selesai.

12 + 4 =

HUBUNGI

KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD

 

Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Jemput Datang Ke Ibu Pejabat Kami.

kospeta66@gmail.com

Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-4050 6656

 

IBU PEJABAT

Lot 15-1, Level 15, Menara Sentul

No. 86, Jalan Sentul

51100 Kuala Lumpur.