cover

JENIS PEMBIAYAAN

1.0 Pinjaman Berjamin (4201)

  1. Amaun pembiayaan RM 200,000.00 dibawah skim ini adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji pemohon dicampur dengan jumlah modal yuran yang telah dibayar dan DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk skim pembiayaan bercagar.
  2. Anggota adalah layak membuat permohonan ini tertakluk dengan syarat-syarat sepertri berikut:-
  • tidak mempunyai baki hutang skim pembiayaan 90% atau skim pembiayaan segera
  • memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan
    (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin adalah samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan berkenaan)
  • tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 120 bulan
  • bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5.9% setahun
  • bayaran balik pembiayaan bagi tujuan membuat permohonan pembiayaan baru boleh dilakukan dengan syarat dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM10.00
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Anggota tidak layak membuat permohonan pembiayaan baru sehingga pembiayaan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya.

2.0 Pembiayaan 90% (4202)

Skim pembiayaan ini layak dipertimbangkan kepada anggota tertakluk dengan syarat-syarat seperti berikut:-

  • Amaun pembiayaan adalah tidak melebihi 90% daripada jumlah modal yuran anggota
  • Anggota tidak mempunyai baki pembiayaan berjamin atau pembiayaan segera
  • Tidak memerlukan penjamin atau cagaran
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 60 bulan
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5.9% setahun.

3.0 Pembiayaan Kecemasan (4204)

Amaun pembiayaan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali skim pembiayaan bercagar atau RM7,000.00 tertakluk mana yang kurang.

Anggota layak membuat pembiayaan ini dengan syarat:-

  • Sekurang-kurangnya 1 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan
    (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan)
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Kospeta dengan menyatakan alasan keperluan pembiayaan
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 48 bulan
  • Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5.9% setahun
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan ini adalah layak dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.

4.0 Pembiayaan Motosikal - Konvensional (4209)

Anggota layak membuat permohonan ini dengan syarat:-

  • Membeli motorsikal baru yang diuruskan oleh koperasi
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Had pembiayaan adalah 100% harga sebenar motorsikal termasuk insuran dan cukai jalan tidak melebihi had maksima RM10,000.00
  • Amaun pembiayaan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pembiayaan bercagar
  • Penjamin sekurang-kurangnya 3 orang anggota yang berkelayakan.
    (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan)
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 48 bulan
  • Bayaran perkhidmatan pembiayaan adalah 6% setahun
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang sediakan oleh koperasi dan pemohon perlu menandatangani semua borang berkaitan termasuk pindahmilik
  • Perakuan pendaftaran motorsikal akan diwasikan tuntutan hakmilik oleh koperasi sehingga peminjam menyelesaikan bayaran balik pembiayaan sepenuhnya
  • Bagi tahun pertama, jumlah pembiayaan adalah dikira berdasarkan harga sebenar motorsikal termasuk harga insuran comprehensive dan cukai jalan
  • Bagi tahun kedua dan seterusnya sehingga pembiayaan selesai, pembaharuan insuran comprehensive dan cukai jalan hendaklah dibuat melalui skim pembiayaan insuran dan cukai jalan yang disediakan oleh koperasi
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan motorsikal ini adalah layak untuk dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.

5.0 Skim Pembiayaan Memperbaharui Insuran Dan Cukai Jalan (4205)

  • Skim pembiayaan ini hanya boleh dikeluarkan kepada anggota-anggota yang bertujuan memperbaharui Insuran dan Cukai Jalan kenderaan-kenderaan yang berdaftar atas nama pemohon atau suami/isteri-isteri dan anak-anak pemohon
  • Skim pembiayaan ini juga tertakluk kepada had maksimum 30 bulan gaji pemohon dicampurkan dengan jumlah modal yuran yang telah dibayar dan ditolak segala tanggungan kepada Koperasi ini kecuali skim pembiayaan yang diliputi oleh cagaran
  • Skim pembiayaan ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan. Jumlah tanggungan jaminan yang dikenakan ke atas penjamin-penjamin itu samada secara bersekutu atau  hendaklah meliputi keseluruhan pembiayaan itu
  • Seseorang anggota yang hanya membuat pembiayaan cukai jalan akan dikenakan bayaran proses sebanyak 1% daripada jumlah pembiayaan. Bayaran proses ini dikecualikan jika anggota membeli insuran yang dikendalikan oleh Koperasi ini
  • Tempoh bayaran balik skim pembiayaan ini adalah tidak melebihi 10 bulan dengan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 6% setahun
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Penyata gaji asal dan terkini
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Seseorang anggota layak mendapat pembiayaan di bawah skim ini sehingga 4 kali dalam tempoh semasa ia masih menanggung hutang skim pembiayaan ini.

6.0 Pembiayaan Pelancongan (4210)

Amaun pembiayaan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali pembiayaan bercagar.

  • Pembiayaan ini adalah untuk tujuan lawatan dalam atau keluar negara yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi
  • Penjamin diperlukan sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan.(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan hendaklah meliputi seluruh jumlah pembiayaan)
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 60 bulan
  • Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak 6% setahun
  • Skim pembiayaan ini akan dikenakan bayaran proses yang akan ditentukan amaunnya oleh Lembaga dari masa ke semasa
  • Seseorang anggota adalah layak mendapat pembiayaan dibawah skim ini sebanyak 4 kali dalam tempoh masa ia masih menanggung hutang skim pembiayaan yang lain
  • Perlu kemukakan sebutharga dengan Syarikat pelancongan atau koperasi akan menguruskan dengan mana-mana Syarikat pelancongan dan segala pembelanjaan terus di bayar kepada Syarikat tersebut
  • Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

8.0 Pembiayaan Persekolahan (4215)

Skim ini disediakan untuk membantu perbelanjaan persekolahan anak-anak anggota diperingkat sekolah rendah dan menengah.

Kadar pembiayaan adalah seperti berikut:-

Peringkat sekolah, kadar bagi seorang anak:

  • Sekolah Rendah RM200.00
  • Menengah Rendah RM300.00
  • Menengah Atas RM400.00
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Nota: Had maksima bagi seorang anggota ialah RM2,000.00.

9.0 Pembiayaan Pendidikan IPTA/IPTS (4216)

Skim ini disediakan untuk kemudahan anggota dan anak-anak anggota yang layak dengan syarat-syarat seperti berikut:-

  • Anggota atau anak anggota telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian samada sepenuh masa atau separuh masa (luar kampus) ke peringkat Pensijilan/Diploma atau Ijazah di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan samada di dalam atau di luar Negara
  • Pembiayaan diberikan untuk tujuan pendaftaran kemasukan tahun pertama sahaja
  • Bagi anggota, pembiayaan ini hanya dikeluarkan untuk pengajian luar kampus dengan bergaji penuh
  • Had maksima pembiayaan ialah – RM 5,000.00 bagi peringkat ijazah,
    – RM 2,500.00 bagi peringkat Diploma
    – RM 1,000.00 bagi peringkat Pensijilan
  • Tempoh maksima bayaran balik pembiayaan tidak melebihi 30 bulan bagi pembiayaan peringkat ijazah dan tidak melebihi 20 bulan bagi peringkat Diploma/Pensijilan
  • Kadar bayaran perkhidmatan ialah 5.9% setahun
  • Pemohon telah menjadi anggota secara berterusan selama tidak kurang 12 bulan dan telah mempunyai syer terkumpul tidak kurang RM500.00
  • Penjamin sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan
  • Salinan surat pengesahan masuk ke IPTA/IPTS perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Skim pembiayaan ini layak dimohon walaupun anggota masih mempunyai baki hutang dibawah skim pembiayaan yang lain.

10.0 Pembiayaan Perayaan (4217)

Skim ini ditawarkan khusus bagi anggota untuk menyambut perayaan utama iaitu:-

  • Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha
  • Deepavali
  • Tahun Baru Cina
  • Krismas
  • Had maksima pembiayaan ialah RM 4,000.00
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 36 bulan
  • Bayaran perkhidmatan ialah 5.9% setahun
  • Anggota adalah layak membuat permohonan ini walaupun masih mempunyai tanggungan hutang dibawah lain-lain skim pembiayaan
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.

11.0 Pembiayaan Hartanah – Bercagar (4212)

Skim ini disediakan bagi kemudahan anggota untuk memiliki hartanah sendiri dengan syarat seperti berikut:-

  • Anggota layak membeli tanah yang diuruskan pembeliannya oleh anggota sendiri ATAU hartanah yang projeknya diuruskan oleh koperasi sendiri
  • Had maksima pembiayaan ialah RM100,000.00 atau 95% daripada nilai jualan tanah,
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 180 bulan,
  • Kadar bayaran perkhidmatan ialah 6.5% setahun,
  • Segala perbelanjaan bagi pecah lot tanah, pindahmilik dan lain-lain bayaran professional adalah tanggungan anggota (pembeli) sendiri,
  • Hakmilik tanah akan dicagar kepada koperasi sehingga bayaran balik selesai sepenuhnya dan pelepasan anggaran adalah tanggungan anggota yang membuat pembiayaan,
  • Jika anggota gagal meneruskan bayaran pembiayaan disebabkan meninggal dunia atau terlucut haknya sebagai anggota koperasi maka anggota hendaklah menyelesaikan semua baki pembiayaannya ATAU menjual hakmilik tanah tersebut kepada warisnya atau lain-lain anggota koperasi yang sanggup membelinya. Jika gagal berbuat demikian maka hartanah tersebut adalah menjadi hak milik koperasi dengan cara menyelaraskan bebanan tanggungan mengikut nilai pasaran semasa hartanah berkenaan ATAU diselaraskan dengan syernya setelah ditolak segala tanggungan hutangnya yang ada
  • Setelah pembiayaan ini diluluskan , anggota hendaklah mengambil insuran gadaian keatas pembiayaan tersebut sepertimana yang diluluskan oleh koperasi
  • Pertimbangan dan kelulusan permohonan ini oleh Lembaga Koperasi adalah berdasarkan kemampuan seseorang anggota untuk membuat bayaran balik pembiayaan
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Setiap anggota adalah layak untuk membuat pembiayaan ini sekali sahaja dalam tempoh keanggotaanya.

12.0 Pembiayaan Kenderaan (4221)

Skim ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli kereta dengan syarat-syarat seperti berikut:-

  • Syer terkumpul anggota tidak kurang RM2,000.00
  • Telah menjadi anggota melebihi 3 tahun
  • Had maksima pembiayaan ialah RM 50,000.00
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan tidak melebihi 72 bulan
  • Kenderaan adalah untuk kegunaan anggota sendiri
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Anggota bertaraf kontrak atau sementara tidak layak meminjam skim ini.

13.0 Pembiayaan Membeli Rumah (4112)

Skim ini bertujuan untuk membantu anggota memiliki rumah sendiri dan syarat-syarat pembiayaan adalah seperti berikut:-

  • Syer terkumpul anggota tidak kurang daripada RM5,000.00
  • Telah menjadi anggota melebihi 5 tahun
  • Had maksima pembiayaan ialah RM50,000.00
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan tidak melebihi 120 bulan atau tidak melebihi usia 60 tahun
  • Untuk tujuan kediaman sendiri sahaja
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

Anggota bertaraf kontrak dan sementara adalah tidak layak bagi skim ini.

14.0 Pembiayaan Barangan Pengguna (4208)

Skim pembiayaan ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli alat letrik, perabot, komputer, peralatan, telefon mudah alih, pakaian kesihatan, alat penapis air atau lain-lain barangan atau perkhidmatan yang diuruskan pembeliannya oleh pihak koperasi.

  • Amaun pembiayaan dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pembiayaan bercagar
  • Jumlah syer dari RM1,000.00 hingga RM2,500.00
  • Penjamin sekurang-kurangnya 3 anggota yang berkelayakan
  • Tempoh bayaran balik tidak melebihi 60 bulan
  • Bayaran perkhidmatan adalah 6% setahun
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • 3 Bulan Penyata gaji asal

Anggota layak membuat pembiayaan ini walaupun masih menanggung hutang dari lain-lain skim pembiayaan dengan syarat mempunyai kelayakan dan boleh dibuat potongan melalui gaji bulanan.

15.0 Pembiayaan Bertindih

Skim pembiayaan ini betujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan walaupun pembiayaan terdahulu belum diselesaikan bayaran sepenuh.

  • Kelayakan maksima pembiayaan boleh diberikan secara satu permohonan anggota atau dibuat secara berperingkat
  • Sekiranya pembiayaan dibuat secara berperingkat maka kelayakan maksima adalah ditentukan berasas kepada permohonan yang pertama
  • Pembiayaan boleh dibuat kepada skim Pembiayaan Berjamin atau Pembiayaan 90% atas modal syer
  • Pembiayaan terdahulu telah diselesaikan melebihi 50% dengan bayaran dibuat melalui potongan gaji
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

16.0 Skim Pembiayaan Bawah Tabung Pembiayaan Tanpa Penjamin (TPTP)

Tabung Pembiayaan Tanpa Penjamin telah diwujudkan oleh koperasi dan telah mula dilaksanakan pada Oktober, 2005.

  • Setiap anggota yang berjawatan tetap dikenakan caruman sekali bayar sebanyak RM20.00 sebagai permulaan dan dikenakan caj seterusnya jika mengambil pembiayaan di bawah skim ini seperti berikut:-
    – RM1,000.00 dan ke bawah – RM5.00
    – RM1,001.00 dan ke atas – RM10.00
  • TPTP hanya menampong 4 skim pembiayaan sahaja iaitu :-
    PEMBIAYAAN KECEMASAN – maksima RM5,000.00 dengan kadar pembiayaan 5.9%
    PEMBIAYAAN PERAYAAN – maksima RM2,000.00
    PEMBIAYAAN INS & CUKAI – pembelian dari koperasi
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini

17.0 Pembiayaan Peribadi – TPTP ( 4201TP)

Skim pembiayaan ini bertujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan tanpa membebankan penjamin yang lain.

  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Tempoh bayaran sehingga 120 bulan
  • Tiada penjamin dan berkelayakan kepada ahli berstatus Tetap
  • Pengesahan daripada Majikan serta 2 orang saksi
  • Caj TPTP adalah 3% dari jumlah pembiayaan
  • Penyata gaji asal terkini
  • Layak mengambil pembiayaan Kecemasan sebanyak RM2,000.00 sahaja
  • Tidak layak memohon lain-lain pembiayaan TPTP
  • 3 Bulan Penyata gaji asal dan terkini
  • Mempunyai jumlah syer minimum RM1,000.00.
  • Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini
  • Pekerja kontrak hanya layak meminjam maksimum RM15,000 sahaja selama 5 tahun

2 + 8 =

HUBUNGI

KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD

 

Hubungi KOSPETA Melalui E-Mail, Telefon, Fax atau Jemput Datang Ke Ibu Pejabat Kami.

kospeta66@gmail.com

Whatsapp: 011-5762 4018
Tel: 03-4050 6656

 

IBU PEJABAT

Lot 15-1, Level 15, Menara Sentul

No. 86, Jalan Sentul

51100 Kuala Lumpur.